Re-Union SekMenKeb '1978 - 1982' - 22 may 2010

Sunday, May 23, 2010

sejarah sekolah menengah gombak setia

SMKGS mula ditubuhkan pada tahun 1969 iaitu selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang pada ketika itu dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan, bertempat di Sek. Ren. Setapak (menumpang) selama seminggu. Bilangan pelajar ketika itu 200 orang. Pengetuanya yang pertama ialah Cik Badariah bt. Hj Ibrahim. Kemudian pada Mei 1969 juga pelajar-pelajar ini dipindahkan ke Sek. Ren. Keb. Gombak Setia kerana ibu bapa mahukan anak-anak mereka bersekolah di tempat yang lebih dekat dan selamat. Pengetuanya ialah En. Mohamad Zaid b. Ramli.

Pada Mac 1974, para pelajar dipindahkan ke bangunan sendiri Sek. Men. Keb. Gombak Setia. Pada 1976, Peperiksaan SPM pertama diadakan di sekolah ini dan pada 1979 aliran Sains bagi Tingkatan Empat pula diadakan. Pada 1977 bangunan baru Blok C dan Blok D mula dibina dan siap akhir tahun 1980 serta mula digunakan sepenuhnya pada awal tahun 1981.

Pada tahun 1982, satu lagi bangunan baru dibina khas untuk Tingkatan Empat Sains Rumah Tangga yang mula dibuka pada awal tahun 1984. Manakala kelas Tingkatan Enam Satera dan Sains juga ditubuhkan pada Mei 1984 (merupakan sekolah pertama di daerah Gombak yang mempunyai Tingkatan Empat bagi menampung pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di Daerah Gombak).
Kini SMKGS mempunyai pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 seramai 2713 orang pada sesi pagi dan petang dan jumlah gurunya 128 orang. Tingkatan 1 dan 2 dan sebahagian Tingkatan 4 belajar di sebelah petang. Manakala, Tingkatan 3,5,6 dan beberapa kelas sains di sebelah pagi.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP